Pages

Wednesday, January 28, 2009

Persiapan untuk kahwin

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan… ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin... Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah… untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di maner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book… jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi… . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus… . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompuan… pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book… later than that u might have a problem finding one… .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper… kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai… dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.

Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih… kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal… kalau tak pun jadi macam lori cina mampos… letak kacang samer kuaci sudah original beb… tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb… kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald’s.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kereta

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer… Merc ke?… Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil… … sampai besok pun takleh masok!

Kos : RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan ? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi… tapi sekarang dah maju… diorang lagi kreatif… ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik owang selalu overlook… perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan… …

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb… . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin…

Untuk mereka yang bakal-bakal... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer... Zaman sekarang ni kan ; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai… macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah… korang bacalah:-

Sebab

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya… berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya… lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek… semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. “Eh! Nak meniaga anak ke pe?” Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. “Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet.”
2. “Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.”
4. “asal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. ”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1. “Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?”

Haa… tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat… bank Islam… atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, ‘loan bini’,.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah… dunia… dunia… ”

Perancangan Pertunangan

Majlis pertunangan walaupun kecil, perancangan teliti masih diperlukan bagi memastikan majlis beralngsung dengan lancar dan sempurna.

SELEPAS MERISIK

1. Tentukan Hari, Tarikh dan Masa pertunangan

masa bersiap utk diri (mekap dan pakai baju), masa memasak/catering sampai, masa tetamu dr pihak lelaki sampai, masa majlis berlangsung, masa jamuan

2. Barang hantaran pertunangan (Beli dan siapkan 1 atau 2 bulan sebelum majlis)

- Bilangan Hantaran
- Bajet diperuntukan

3. Persiapan Jamuan (persiapan 1 atau 2 bulan)

- Masak sendiri atau catering
- Jumlah jemputan dari pihak perempuan dan tetamu pihak lelaki

4. Persiapan diri (1 bulan awal)

- Mekap (mekap sendiri, kawan, mak andam)
- baju (tempah/sewa/pinjam)

5. Isi kandungan perbincangan - jika perlu ambil tahu pasal tarikh nikah, wang hantaran, barang hantaran dll melainkan jika ibu bapa tak benarkan ambil tahu pasal nih

Budget: bergantung kepada kemampuan anda.

1. mekap - RM 0 - RM 300
2. baju tempah - RM 200 + RM200 (kain & upah)
3. baju sewa - RM 50 - RM 150
4. baju pinjam - free
5. cincin risik & @ tunang - RM 100 - RM 1000
6. jamuan - catering - @ 4.50/head - RM 18.00/head
7. masak sendiri - lauk kering dan lauk basah
8. transportation - jika jauh
9. hantaran - sirih junjung/tepak, buah2an, sepersalinan, kuih muih - RM 200 - RM 2000

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti dibawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.

1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga

Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian

Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum Majlis pertunangan

Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda

Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

4. Bajet Pertunangan

Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up ( mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kerativiti anda.

5. Perkhidmatan Andaman

Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

6. Jurugambar pertunangan/ Video

Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti diatas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda

Proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.

MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)

  • Wang tanda (hantaran)

  • Baju sepasang atau kain

  • Buah-buahan

  • Kuih-muih

  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.

  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

  • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.

  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.

  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.

  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:

  • Cincin berlian

  • Sirih junjung

  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:

  • Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.

  • Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN - ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)

  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:

  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.

  • Membeli cincin kahwin.

  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.

  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Membeli barang kemas

  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA - SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul .

Bagi pengantin lelaki

  • Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

  • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

  • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

  • Cincin / gelang tangan / rantai.

  • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

  • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

  • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.

  • Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

Bagi pengantin perempuan:

  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak

Checklist Kahwin

Wokehla.. nih antara checklist yang aku dapat.. tak brape memuaskan.. tapi bleh la wat masa nih..

1. Kursus Kahwin

2. Daftar Kahwin kat Pej Agama, submit semua document/borang

3. Kad Jemputan
a. Stem, envelope etc
b. Senarai Jemputan

4. Booking Dewan (kalau buat kat dewan book 4 bulan b4 kenduri dan bayar deposit)

5. Booking Tempat Nikah (kalau kat masjid)

6. Nikah
a. Catering (kalau nikah tak sama hari sanding)
b. Kanopi (sewa)
c. Baju Nikah
d. Mak Andam/Tukang mekap...
e. Pakai Inai... nak lukis2 pi kat kedai
f. Mas Kahwin
g. Duit Hantaran
h. Bayar Jurunikah
i. Barang Kemas batal air sembahyang
j. Barang2 Gubah hantaran, sewa dulang hantaran, tema warna, sewa bantal nikah,
k. Ole-Ole untuk tetamu yang datang masa nikah
l. Hantaran (Perempuan)
- Kain, Cincin, Sirih Junjung, Telekung/sejadah, Manisan/kek, Coklat, Tuala, Bunga Rampai, Kasut, Handbag, Al-Quran, Buah, Minyak Wangi, Make-up, etc.
m. Hantaran (Lelaki)
- Baju Kemeja/Tie, Wallet, Tali Pinggang, Toilletries, Kasut, Baju Melayu, Jam, Sejadah, Songkok, Tuala, Sirih Junjung, Bunga Rampai, Pulut Kuning, Kek, Coklat, Buah, etc.

7. Sanding
a. Catering hari sanding
b. Pelamin
c. Main Table
d. Baju Sanding
e. Cameraman - Video / gambar
f. Emcee – kalau buat kat dewan
g. Tukang Baca Doa
h. Group Marhaban
i. Kompang
j. Transportation (untuk ke rumah perempuan / lelaki)
k. Muzik - Sewa audio system
l. Mak Andam / Tukang Mekap
m. Baju Malam Berinai
n. Kek Kahwin 10 tingkat (kalah siti nurhaliza)
o. Baju Potong Kek
p. Bunga Pahar kat pelamin
q. Alat2 Merenjis - Bunga rampai untuk letak dalam bekas merenjis
r. Bantal kecik kat pelamin dan kipas untuk pengapit pegang
s. Bunga Manggar
t. Bunga Telur / berkat untuk tetamu - Jangan lupa beli telur dan rebus
u. Ole-Ole untuk Tetamu Main Table